12 Tips Didik Anak DEKAT Dengan Allah

bukudidikanak-480x480

Semua insan yang bergelar ibu bapa muslim pasti inginkan anaknya menjadi soleh dan solehah. Akan tetapi, ia tidaklah berlaku secara tiba tiba. Ia memerlukan  ikhtiar kita untuk membantu mereka.

Pn Ainizal Abdul Latif, di dalam bukunya Didik Anak Connect Allah, banyak berkongsi tips ini.  Hasil pembacaan, kami ketengahkan 12 tips yang amat berguna.

  1. Bantu anak dengan kenalkanlah Allah dalam hatinya, supaya rahmat dan cinta Allah sentiasa ‘Connect’ dengan hati mereka. Kita adalah ibu bapa yang perlu berjuang  untuk  menyelamatkan keluarga dari menjadi bahan api neraka.
  1. Bantu anak memahami bahawa Allah terlalu dekat dengan hambaNya, lebih dekat dari urat leher. Tetapi jangan kita sendiri sombong dan tak berusaha dekati Allah, kita sendiri akan malu untuk meminta dari Allah. Sekiranya Allah adalah lebih dekat dari nyawa kita sendiri, maksudnya, hilang Allah dalam hati kita, tiadalah makna dalam hidup kita..

3. Sebelum kita menyuruh mereka membaca Al-Quran, seharusnya kita kenalkan terlebih dahulu kepada mereka apakah kitab Al-Quran, mukjizatnya dan peranannya dalam kehidupan kita sebagai muslim, bukan sekadar di baca dalam majlis tertentu.

4. Layan persoalan anak dengan baik . Gunakan contoh dan analogi mudah untuk terangkan sesuatu yang ghaib ini . Apabila kita layan soalanya dengan baik, mereka tidak takut untuk bertanya lagi dan ia memudahkan proses kefahaman.

5. Bila meningkat dewasa, anak-anak bakal menggalas tanggungjawab dalam hidupnya. Bantu anak fahami bahawa apabila tekanan hadir, yang dapat menenangkan kita adalah Allah.  Allah tak mungkin kecewakan kita “Hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang; Surah Ar-Ra’d ayat 28.

6. Bantu anak fahami, bahawa bagaimana kita suka sangat bila orang yang kita sayangi , sentiasa ingat kita, begitu juga Allah. Allah pasti ingat pada hambanya yang sentiasa mengingatinya. Kita boleh mengadu apa sahaja pada Allah, Allah tahu segala isi hati kita.

7. Anak-anak perlu dibantu untuk fahami bahawa Allah lebih besar dari segala masalah yag kita hadapi. Ajar anak tidak bersangka buruk pada Allah sekiranya permohonan tak termakbul. Usaha tidak memadai tanpa pengharapan pada Allah. Ia perlu bergerak bersama demi kejayaan dalam hidup

8. Elakkan anak-anak dari menonton rancangan seram. Ia boleh merosakkan akidah dan kepercayaan bahawa hantu lebih berkuasa dari Allah.

9. Gunakan kisah-kisah teladan supaya anak-anak dapat mengambil buah pelajaran daripadanya.

10. Biasakan apabila kita terima pujian dari manusia, pulangkan pujian tersebut kepada Allah yang lebih berhak menerimanya. Pelihara diri kita dan keluarga daripada tipudaya jarum syaitan yang memasukkan perasaan riak kepada kita. Hakikatnya segala kehebatan adalah dari Allah yang dipinjamkan pada kita.

11. Fahamkan konsep semua yang kita miliki ini adalah pinjaman dari Allah. Ini secara tidak langsung mengajar mereka untuk redha apabila sesuatu miliknya ditarik oleh Allah. Konsep ini penting agar mereka fahami kehidupan dan nikmat ini sementara sahaja.

12. Ajarkan mereka menyatakan masalah secara spesifik kepada Allah. Apabila permohonan termakbul, ajarkan mereka untuk bersyukur. Raikan tindakan mereka apabila mereka sudah berkomunikasi dengan Allah.

Alhamdulillah cukup setakat ini dahulu. Sungguh mendidik anak untuk dekat dengan Allah bukan sesuatu yang terjadi sekelip mata. Ia perlukan komitmen daripada ibu bapa serta pendidik.

Tapi bagaimana mengkomunikasikannya?

testi-daca-2

Antara masalah yang timbul dikalangan ibu ayah adalah bagaimana menjadikannya realiti? Bagaimana mengkomunikasikannya kepada anak? . Antara yang praktikal adalah dengan melihat contoh dialog dari keadaaan sebenar pada situasi masa kini. Ia membantu sedikit sebanyak memberi idea bagaimana menjayakan inspirasi-inspirasi mendidik anak DEKAT dengan Allah.

photo0950

Didalam buku Didik Anak Connect Allah, ia bukan sahaja menceritakan tips. Malah sebenarnya buku ini dihidangkan dengan lebih dari 30 dialog penulis dengan anaknya. Dengan dialog –dialog ini, ia memberi contoh langsung kepada kita untuk lebih memahami konsepnya.

didik-anak-connect-dengan-allah02

Dengan membantu anak CONNECT dengan Allah, kita membantu mereka memahami konsep yang sangat bernilai sepanjang kehidupan mereka. Dengan mereka CONNECT dengan Allah, kehidupan mereka insyaAllah lebih terarah.

Setiap rumah muslim, tidak rugi untuk melaburkan sedikit wang dan masa untuk mendapatkan buku ini. Yang penting dibaca dan kita berusaha untuk mengamalkannya.

Adakah kami sahaja yang mengatakan buku ini bagus? Tidak, bukan kami sahaja. Ini respon pembaca buku ini

testi-daca

testimnonial

testi-3-daca

Alhamdulillah, moga-moga usaha ini memberi kekuatan untuk kita didik anak.

Siapakah Penulis Buku ini?

Beliau adalah Pn Ainizal Abdul Latif,

va_01-3

Ini Biodata beliau,

biodata-daca

DAPATKAN SEGERA BUKU INI DENGAN KAMI!

Berapakah sebenarnya harga pelaburan untuk mendapatkan buku ini?

Ha, RM 20 + RM 6 Pos sahaja ? Iya benar

Untuk ilmu berharga yang berguna untuk sepanjang tahun ini

order-now

Boleh dapati buku ini di sini

LAGU ISLAMIK: SANTAI AJAR ANAK KENAL ISLAM

 

10533435_10153542637247809_784278568864767155_n

Alhamdulillah, seperti yang telah saya janjikan, saya akan menulis tentang diskusi saya dan anak-anak berkaitan Children Islamic Songs. Bagi yang belum pernah dengar, Children Islamic Songs terdiri daripada 10 buah lagu yang melodinya daripada Nursery Rhymes. Tetapi senikatanya ditukar kepada konten yang mendekatkan anak kepada mengenal Islam. DVD ini dibantu dengan animasi dengan buku aktiviti, stiker dan mini poster.

Anak saya berumur 1, 5,6 dan 8 tahun. Saya berhasrat menggunakan lagu-lagu disini untuk menarik mereka dalam rangka memahami konsep-konsep dalam Islam secara santai. Perbualan yang saya tulis ini tidaklah benar-benar sama seperti apa yang dituturkan. Sebabnya saya tak ingat sepatah-sepatah, tetapi serupa kontennya.

photo viral 7

Kenapa saya nak tulis ini? Kerana kadangkala kita buntu bagaimana memaksimakan bahan  dan buntu nak borak apa.  Saya percaya apabila kita memperlbagaikan kaedah dalam mendidik, kita akan nampak pendekatan yang sesuai untuk anak kita.

Cerita terkejut ada Rainbow jadian. Rain Is A Blessing

Mama, orang silapkan bila kata Rain,rain go away. Sepatutnya “Rain,Rain is a blessing”. Saya mengiyakan, Haah, betul sebab kita dapat macam macam dari hujan. Kalau ada air, kita boleh buat apa? Mereka pun senaraikanlah macam-macam. Saya pun sambung bukit-bukit semua Allah dah siramkan pokok dia. Animals pun dapat minum air.  Kadang saya tukarkan soalan tanya pendapat mereka.  Masa diskusi ini juga terkait tentang  kalau kita nak apa-apa kita kene rajin doa dan usaha. Waktu hujan adalah salah satu waktu mustajab doa. Diskusi air adalah diskusi yang sangat berkait-kait.  Kami juga diskusi tentang jangan membazir air, membazir amalan syaitan, kena minum banyak air sebab air untuk otak , macam mana hujan turun dan yang paling mereka teruja adalah kita boleh buat rainbow dengan pancutan air!  Maka keluarlah lagu Rain, Rain come again. You will make a beautiful Rainbow dan seterusnya terjadi satu rangkap tambahan yang di cipta oleh mereka. Sambil teruja mencuba membuat rainbow sendiri yang di ajar oleh Abah mereka, mereka melihat juga di youtube, betapa cantiknya kejadian Rainbow.

 WhatsApp Image 2016-08-18 at 4.24.01 PMraining ics

Bercerita tentang topic ini, saya juga baru discover bahawa dua orang anak saya amat suka kepada aktiviti “word search”. Mereka menggunakan buku aktiviti Ics mencari perkataan-perkataan yang berlaku semasa hujan, seperti thunder, drizzling, storm, water, rainbow.

 

Cerita Labah-Labah tolong nabi Muhammad

sprder

“Mama, Spider tolong Nabi Muhammad kan mama?” . Iya Spider tolong Nabi Muhammad dalam gua. Orang kafir cari Nabi Muhammad. Nabi Muhammad menyorok di dalam gua. Tapi bila orang kafir lalu, dia nampak rumah labah-labah ni tak rosak pun. Baikkan spider, dia tolong Nabi Muhammad. Pada hari yang lain, mereka melihat dokumentari tentang spider dengan abah mereka. Hebat spider ni.  Badan kecil tapi tolong Rasulullah. Kita macam mana pula? Maka bercambah-cambah perkaitannya.

Cerita tentang membantu orang, ia juga dikaitkan dengan membantu mama abah kemas rumah, sidai baju, lap lantai. Ia menjadi sesuatu yang mengujakan. Beberapa hari lalu, saya dengar mereka membuat lagu, sebahagian isinya berbunyi, if you help your mom Allah will love you. If you  don’t listen to your mom, it will hurt you mom…kelakar dan terharu. Oh ya, belajar tentang SPIDER, Raudhah menyenaraikan perkataan daripada huruf S yang ada 4 huruf sahaja. Menarik!

Cerita Orang Islam yang menang!

Lagu yang paling mereka suka adalah Lagu Mujahideen fight For Islam. Ia sangat bersemangat lebih lagi menggunakan melodi lagu “the ants go marching one by one”. Ammar menyayi penuh bersemangat. Kami berbincang tentang perang dalam islam. Kata saya, orang Islam ni sikit je. Orang kafir banyaak sangat. Ha, tapi Allah tolong orang Islam.

tumblr_n7k7iaLjSI1sj5uhoo1_500

Kemudian Ammar tunjuk pada gambar pada lagu terseut. Mama Ammar nak jadi macam ni mama. Saya terangkan, Ammar, orang Islam yang menang, bukan menang dekat perang je. Orang yang sabar dan tak marah pada orang pun, dia MENANG tau. Topik orang yang tak marah n sabar jadi winner ni di ulang banyak kali. Terutama bila nak ingatkan mereka bila ada bau-bau kanak-kanak di berebut atau nak bergaduh. Alhadulillah, nampaknya mereka suka kosnep ni. Bila jadi winner, mereka dapat special time. Allah pun sayang.

Cerita nak jadi orang Islam yang hebat, Ulul Albab

Mama, tengok tu orang Islam terbang, kata Raihan. Haah, Raihan kalau nak jadi orang hebat, Raihan jadi austranout pergi ke bulan, kata Ammar selamba. Mama kelakar mendengar perbualan mereka. Saya jelaskan. Eh, kalau kita nak jadi orang Islam hebat, tak payah pergi bulan pun boleh. Kalau Kita selalu dengar cakap Allah, kita orang Islam yang hebat. Diskusi ni anjang berjela-jela. Sambung sambung hari lain. Kebetulan ada buku cerita anak, Jagalah Allah, Allah menjaga kita. Kami pun ambil satu cerita dari himpunan cerita dalam tu untuk menambahkan kefahaman mereka. Selain dari itu, semasa menggunakan buku aktiviti Ics ini, kami berdiskusi tentang Allah’s creation. Kami cuba fikir semula apa yang sering di fikir dan betapa hebatnya ciptaan Allah.

Cerita sayang Nabi Muhammad, If you love Allah, follow Rasulullah

98c5a0fbfb4a2d3905bf2ea334350abc

Lagu Ulul Albab dan Lagu ini banyak perkaitannya. Saya suka kerana ia membantu kefahaman tentang konsep ketuhanan walaupun mereka suka tanya-tanya kenapa itu dan kenapa ini. Sungguh ia menguji diri saya untuk menyusun kata yang betul. Untuk anak-anak 8 tahun dan ke bawah, saya rasa agak sukar untuk kita terangkan terjemahan Quran begitu sahaja tanpa penerangan dan kaedah yang betul.  Adanya lagu yang mengaitkan ayat Al-Quran, membantu saya memberi kefahaman pada anak.  Antara inti yang saya fokus ialah perkara yang Nabi Muhammad sayang. Nabi Muhammad suka tolong orang. Nabi Muhammad suka solat, baca Quran, gosok gigi, orang yang suka tolong mama dia, sayang family dan lain lain.  Jadi banyak perbualan, kita akan relatekan tentang nabi Muhammad suka buat ini. Beberapa hari yang lalu, Ammar dan Raihan merekod lagu mereka sendiri berbahasa Inggeris tentang helping mom,I love my dad, go to solat, sangat santai dan bersahaja. Di dalamnya, banyak ayat ayat yang dah dibincangkan konsep-konsepnya dan adaptasi atau sambungan lagu lagu dari ICS ini. Nampaknya ini hobi baru kami. Mengajak  anak atau adik-adik dengan membuat kebaikan dengan menggunakan lagu berbahasa Inggeris.  Sungguh lebih santai.

 

Pergi Masjid

WhatsApp Image 2016-08-18 at 4.23.57 PM

Sambil menyanyikan lagu, sambil mengisi tempat kosong lagu tentang ‘Going to the Masjid”.  Di sini kami lihat pada handwriting, dan spelling. Ada juga gambar yang perlu di suaikan dengan tulisan. Kami berdiskusi tentang kenapa kene budak dalam buku ini bawa semua ni ke Masjid. Contohnya, bawa “Wallet” supaya dia boleh bersedekah  dan di kaitkan tentang Allah sangat sayang orang yang sedekah. Perbincangan berterusan tentang barang barang lain yang di bawa oleh anak dalam gambar tersebut. Sebenanrya kalau ikutkan buku, senang sahaja, suaikan. Tapi ia jadi amat bermakna bila menjadi perbincangan lebih mendalam.

download

Diskusi – diskusi ini tidak berlaku dalam satu hari. Ia bersambung dan saling terkait. Saya juga menggunakan buku aktiviti sebagai pencetus diskusi. Saya ambil buku dan ajak mereka utuk “special time with mom”. Waktu ini biasanya saya fokus satu atau 2 orang sajaha. Buku ini bewarna dan menarik. Di sini bagi saya, kita ada pilihan untuk biarkan anak buat semua sendiri dan kita semak. Tapi saya memilih ia menjadi sesi diskusi kerana ia lebih bermakna.

Fun Engish Language Activites: Di dala buku ini, saya ambil kesemoatan untuk membuat aktiviti menyeronokan. Antaranya ialah word search, mengisi senikata lagu, memberi idea, mengeluarkan perkataan dari lagu, memasukkan perkataan berlawanan, sehinggalah yang lebih mudah seperti menyesuaikan gambar dengan perkataan, mewarnakan huruf dan menyambug titik-titik nombor.  Di rumah, memang first language kami adalah Bahasa Melayu. Dan kami jadikan bahasa Inggeris santai-santai juga.  Alhamdulillah membiasakan dengan lagu, dan diskusi serta adaptasi menjadi lagu sendiri sangat menarik bagi saya.

Ikuti artikel saya mengenai tips didik anak senang bahasa inggeris di sini

13118011_1693084120956667_149454635_n

Raudhah suatu hari sudah siap kerjanya. Saya tepuk tangan dan berikan satu sticker bertulis ‘subahanallah’. Serentak dengan saya ucapkan dengan penuh expresi yang menggembirakan.  Pada waktu yang lain pula kami berdiskusi tentang kehebatan zikir. Allah sayang orang selalu ingat Allah.

Sticker untuk reward kerja siap. tindakan ini mungkin nampak biasa-biasa sahaja. Ya ia memerlukan disiplin dan habit untuk menjadi efektif. Saya juga sedang memperbaikinya juga. Bagus untuk kita ibu bapa invest mengenai penggunaan rewards yang efektif kerana ia mempengaruhi tingkahlaku anak.

vcdislamic-childrensong4

Mini Poster ini pula saya gunakan untuk anak saya santai membaca.  Sebenarnya bagi ibu ayah yang rajin. Boleh kembangkan satu satu lagu kepada buku cerita. Projek buku ini adalah inspirasi Mama saya Noor Hayati Abdul Hamid, yang rajin buat buku berkaitan kisah sebenar semasa adik-adik masih kecil. Projek buku daripada pengalaman peribadi untuk menggalakkan anak membaca ini juga mendapat liputan dari Pa&Ma yang menginterview kakak saya Nurul Hanan.

Sekian dulu, coretan saya mengenai sebahagian diskusi bersama anak daripada Children Islamic Song.  Saya suka untuk berkogsi antaranya kerana kita ia membantu memberi kefahaman tentang konsep dalam Islam serta membantu anak berbahasa Inggeris dengan SANTAI.

Bagi saya menyediakan bahan yang menarik minat anak adalah sesuatu KEPERLUAN. Tanpa minat, sukar untuk memancing kerjasama anak.

Saya juga amat percaya ramai akan mendapat manfaatnya bila bertemu sendiri dengan co-founders Islamic Children Song iaitu Coach Sha & Coach Ridz. Ramai yang akan lebih faham bagaimana membantu anak berbahasa Inggeris dengan santai . Bak kata orang, kalau kita berbicara dengan founder, kita mesti tau perkara yang jauh lebih detail.

 Sabtu ini 27 Ogos, akan ada Bengkel Didik Si Cilik Senang Berbahasa Inggeris, untuk Ibu bapa dan pendidik. Bengkel ini akan berkongsi kaedah kaedah santai untuk membantu anak selesa berbahasa Inggeris.  Kenapa perlu santai dan selesa ? Pengalaman kami mengendalikan anak-anak, faktor meransang MINAT adalah faktor yang amat penting. Ia adalah sesuatu yang sering diketepikan.

 Hari ini adalah hari terakhir daftar! Klik di sini untuk maklumat lanjut dan DAFTAR

bengkl edited 01

Akhir kata, saya hadiahkan satu teaser lagu dari DVD ini.

Sekiranya anda ingin tahu lanjut tentang Islamic Children Song, klik di sini

gadgets

Bantu Anak Tak Dependent Pada Gadget

Alhamdulillah ini write up kedua kami berkaitan gadget. Artikel yang pertama kami menyentuh mengenai kenapa penting bantu anak cari minat selain gadget . Bantu ini bukan sekadar beli barang dan beri . Tetapi memberi sokongan dan hadirkan keterlibatan kita bersama mereka. Aduh, takkan setiap masa nak bersama mereka. Iya saya tidak bermaksud setiap masa. Tetapi kita cuba target ada waktu kualiti tu. Lama lama minat tu akan hadir. Tapi membantu anak mencari minat ini perlukan kita bantu dia untuk explore bincang dan cuba. Mulakan dengan sesuatu yang mudah dan santai sahaja dulu. Mulakan dari kita

Sekiranya ada kerja perlu diselesaikan menggunakan gadget.

85abeb251ea93dbae5db43d3e1cc4f4c

Biasakan merancang dan membuat kerja guna pen dan kertas atau jauh dari pandangan anak. Anak-anak kalau selalu nampak kita sibuk dengan gadget, dia pun teruja juga. Apatah lagi dalam tu ada cerita dan aktiviti kegemaran dia. Maka sekiranya gadget sering di ulang-tayang, maka meningkatlah kebarangkalian teringat pada gadget.

no-cellphones

Wujudkan masa bebas gadget untuk diri sendiri. Katakan waktu malam adalah waktu ekslusif anda dan keluarga. Kebiasaan kita amat mempengaruhi anak.  Sebenarnya seronok bila kita dah program ni dalam diri kita. Fikiran tak melayang ke banyak tempat dan lebih fokus. Selain itu, cuba tetapkan zone tanpa gadget. Contohnya semasa di meja makan, anda tidak akan guna gadget.

Sekiranya anda ada ingin baca update-update penting di social media contohnya, anda boleh save nota tersebut dengan cara screenshot atau tekan button”save”. untuk di facebook.  Tak perlu baca semua maklumat dengan detail sekiranya tak sesuai masanya. Ini akan melatih disiplin kawalan gadget untuk diri sendiri sebelum anak-anak.

Jauhkan juga dengan habit “frequent checking”. Sekiranya anda membuat sesuatu post atau komen, jauhkan daripada banyak kali memeriksa respon. Tetapkan limitasi masa untuk mengendalikan sesuatu. Sekiranya anda mengendalikan jualan, tetapkan masa tertentu sahaja untuk menguruskan hal ini. Apabila anda terlalu  kerap memeriksa, anda melatih otak anda untuk bergantung pada respon tanpa mengira masa walaupun anda tidak mahu ia berlaku.

Sediakan Bahan, Ruang dan Masa

547886_10151392529968027_1268355401_n

Sediakan barang pengganti aktiviti gadget. Contohnya, buku, art & craft, komik kanak-kanak, bahan eksperimen, role play & construction toys dan yang paling mudah dan mahal sekali, sediakan diri kita untuk menjadi bahan mainan anak kita. Tanpa ada bahan, anak mungkin akan buntu nak buat apa. Pastikan beberapa perkara basic sentiasa ada bekalan di rumah iaitu kertas A4, kertas dari  pebagai jenis warna atau material, gam & gunting.

59776_10151341376528027_398554447_n

1146723_10151599997993027_340582445_n

Janganlah suruh mereka explore sendiri apa nak buat. Sebaliknya sama-sama kita explore dengan anak untuk bantu mereka mencari minat. Beraktiviti dengan anak, memang perlu komitment kita. Cuma oleh kerana keadaan kita berbeza. Jadi sesuaikan dengan keadaan dan kemampuan masing masing. Lama-lama, bila minat dah wujud, anak akan rasa mahu explore lebih. Dengan minimum supervision, bergantung umur.

Aktiviti mengemas rumah

526826_10151350053298027_1682456712_n

Aktiviti kegemaran anak-anak boleh kita selang-selikan dengan aktiviti mengemas rumah. Aktiviti ini antaranya kemas bilik, mop lantai, sapu sampah, hidang meja, sidai baju, basuh kasut, basuh baju dan banyak lagi.  Peranan kita ialah wujudkan keseronokan, bahasa, intonasi dan suasana positif, bukan suruh dan paksa. Wujudkan juga ikon tersendiri yang related dengan anak suka. Contohnya “Ninja Helper ” , “Dinosour Helper ” untuk mewujudkan suasana meriah dalam membantu.

Awasi cara reward anak dengan gadget

Reward adalah sesuatu yang bagus untuk menggalakkan tingkahlaku positif. Tetapi, ia perlu di awasi kekerapannya dan jangkawaktu antara reward sebelumnya dan berbaloi atau tidak dengan usaha mereka.  Silap percaturan, ia akan menjadi sangat tidak efektif  apabila terlalu kerap, jangkawaktu antara reward pertama dan kedua dekat dekat serta mudah sangat nak dapat reward.

Elakkan bila nak makan, menangis, merajuk terus tawarkan gadget sebagai percubaan pertama . Sebaliknya cuba dulu pendekatan lain. Kenapa? Kebiasaan kita buat begini menyebabkan kita dan anak bergantung pada gadget untuk selesaikan banyak perkara basic.

Anda juga boleh explore tentang reward tingkahlaku anak menggunakan sticker chart seperti dibawah.

8d1cd6c0610ea3d0f219945c9b29f0eb

Sekiranya memang perlu guna gadget

Ini cadangan dari saya: Limitkan sehari berapa lama dan tetapkan rules dan regulations nya. Ini perlukan kebijaksanaan negosiasi dan kawalan. Katakan satu cerita, 20 minit sahaja. Kemudian aktiviti lain. Sebarang tambahan perlukan komitment lain, seperti kalau lengkapkan baca buku , menulis dan iqra , akan dapat tambah waktu . Atau untuk dapat gaget harini, cuba tulis cerita tentang kenapa saya suka sangat cerita ini. Untuk yang sudah pandai menulis, boleh cuba deal satu cerita ditonton, perlu disusuli satu write up cerita yang di tonton atau apa apa write up yang di persetujui.

Apapun, cuba tetapkan dulu limit maksimum sehari.  Ubahsuai cadangan saya ikut kesesuaian ya. Kalau cerita, lagu, game dalam gadet tu bagus pun perlu limit? Iya perlu ada limit pada screen time anak. Kasihan mereka. Walaupun mereka suka. Tapi kita tahu side effect of dependency tu. Dependency adalah satu hal. Selain dari itu, screen time memang perlu ada contol kerana amat penting untuk kesihatan jangka panjang mata anak. Apatah lagi anak bawah 2 tahun.  Usahakan alternatif walaupun memang kami fahami dunia ini amat mencabar dan banyak waktu kita amat sibuk dan rasa seperti tiada pilihan.

Tugas kita sekarang, ialah memperbaiki  apa yang kurang, usahakan yang terbaik dan jangan biarkan dengan sengaja semua ini berlarutan tanpa usaha.

Dan belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) ugama Allah, dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil); dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan) perbuatan kamu; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya. Al Baqarah ayat 195. 

Sekian dulu buat masa ni. Sama sama kita saling membantu dan mengingatkan. Ada hari kita tahu, ada hari kita tak tahu. Ada hari Allah pinjamkan ilmu. Ada hari, kita sangat sangat tak tahu sesuatu. Ilmu Allah terlalu luas . Apa yang kita tahu hanyalah titisan dari lautan ilmu Allah.

Apapun, semuanya tidak akan berlaku melainkan dengan izin Allah. Moga teknologi yang hadir, kita dapat saling bertukar ilmu bagaimana menguruskannya agar memberi manfaat.

Saya berhenti dahulu buat masa ini. Adakah artikel ini membantu anda? Mohon tuliskan di ruangan komen ya agar kami dapat arahkan penulisan kami dengan keperluan pembaca. Sekian Terima Kasih

Baca juga artikel pertama saya mengenai gajet:

GANTI tanam minat selain gajet:  http://www.naluriparentingcafe.com/blog/index.php/2015/11/09/ganti-tanam-minat-selain-gajet/

 

Membeli Kesabaran Mendididik Anak (2)

Gmbar-Ayat-Al-Quran-Tentang-Sabar

“Cakap sabar senanglah, tapi bukannya senang tau”

Alhamdulillah, dalam siri satu, kami telah kongsikan kupasan detail video mengenai kesabaran. Hari ini, mari kita menghadiahkan diri kita kefahaman yang lebih mendalam tentang sabar. Bagaimana mahu sabar? Sungguh bagaimana mahu sabar? Memang nak sabar, tapi tiba tiba diuji, jadi sangat tak sabar. Pernah hadapi situasi begini?

InsyaAllah, kita ambil ujian yang kita hadapi ini sebagai peluang kita untuk lebih mencari makna-makna kesabaran yang sebenar dalam kehidupan.

Kali ini mari kita melihat buka MATA HATI  untuk merenung jauh ayat – ayat kesabaran di dalam  Al-Quran

Gmbar-Ayat-Al-Quran-Tentang-Sabar

“Dan sesungguhnya Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersabar.” (An-Nahl: 96)

“Dan taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya dan janganlah kamu berbantah-bantahan, yang menyebabkan kamu menjadi gentar dan hilang kekuatanmu dan bersabarlah. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.“ (Al-Anfal: 46)

“Ya Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami dan wafatkanlah kami dalam keadaan berserah diri (kepada-Mu).” (Al-A’raf: 126).

“Maka bersabarlah kamu untuk (melaksanakan) ketetapan Tuhanmu.” (Al-Insaan:24)

“Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharap keridhaan-Nya.” (Al-Kahfi:28)

Sabar (1)

“Dan sungguh Kami benar-benar akan menguji kalian, sehingga Kami mengetahui orang-orang yang bersungguh-sungguh dalam agama Allah dan orang-orang yang bersabar di antara kalian.” (Muhammad: 31).

“Dan perintahkanlah kepada keluargamu mendirikan shalat dan bersabarlah kamu dalam mengerjakannya.” (Toha: 132)

“Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh, saling menasehati supaya mentaati kebenaran dan saling menasehati supaya menetapi kesabaran.” (Al-Ashr: 2-3)

download

Dan sesungguhnya akan Kami beri kamu percobaan dengan se­suatu dari ketakutan dan kelaparan dan kekurangan dari harta­ benda dan jiwa-jiwa dan buah buahan; dan berilah khabar yangmenyukakan kepada orang yang sabar. (Yaitu) orang-orang yang apabila menimpa kepada mereka suatu musibah, mereka berkata: Sesungguhnya kita ini dari Allah, dan sesungguhnya kepadaNya­lah kita semua akan kembali. Mereka itu akan dikaruniakan atas mereka anugerah-anugerah dari Tuhan mereka dan rahmat, dan mereka itulah orang-orang yang akan mendapat petunjuk (Al: Baqarah: Ayat 155-157)

“Maka bersabarlah kamu seperti orang-orang yang mempunyai keteguhan hati dari rasul-rasul telah bersabar dan janganlah kamu meminta disegerakan (azab) bagi mereka. Pada hari mereka melihat azab yang diancamkan kepada mereka (merasa) seolah-olah tidak tinggal (di dunia) melainkan sesaat pada siang hari. (Inilah) suatu pelajaran yang cukup, maka tidak dibinasakan melainkan kaum yang fasik”. Surah Al-Ahqaf ayat 35

sabar

“Tetapi orang yang bersabar dan memaafkan sesungguhnya (perbuatan) yang demikian itu termasuk hal-hal yang diutamakan.” (Asy-Syuuraa:43)

“Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharap keridhaan-Nya.” (Al-Kahfi:28)

Alhamdulillah, semoga ayat-ayat diatas bukan sahaja menjadi bacaan kita sepintas lalu. tetapi benar-benar mengetuk pintu hati  kita untuk menjiwai MAKNAnya.

Kalau sekiranya kami turunkan Al Qur’an ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah belah di sebabkan ketakutannya kepada Allah. Dan perumpamaan perumpamaan itu kami buat untuk manusia supaya mereka berfikir. (Al-Quran Surah Al- Hashr:21)

Perkongsian ini adalah siri ke2 daripada perkongsian siri pertama kesabaran dalam mendidik anak

Akan kami kongsikan lagi dalam  siri ketiga nanti, terima kasih

Membeli kesabaran dalam mendidik anak (1)

images

” Cakap sabar senanglah, tapi nak  sabar ni, susah”

Anda pernah dengar ayat seperti di atas?  Apatah lagi seorang ibu ayah yang menguruskan anak-anak. Tidak kiralah seorang atau banyak anak. Tidak kiralah yang sakit atau sihat. pasti akan diuji kesabaran kita dalam mengurus anak.

Di bulan Ramadhan yang mulia ini, mari sama-sama kita menjadikan satu titik tolak untuk mengurus diri menjadi jauh lebih sabar daripada sebelumnya. Marilah kita letakkan target pada diri masing-masing, agar kita dapat mengawal diri agar kejayaan mengurus sabar akan lebih membuahkan hasil yang positif dalam mengurus anak.

Hilangnya ilmu & kreativiti bila hilang kesabaran

Anda perasan tak, kadang kala kita sudah tahu solusi sesuatu perkara, atau kita amat kreatif dalam menyiapkan dan merancang aktiviti bersama anak. Ilmu parenting  dan skill dalam pendidikan anak, seperti banyak sangat. Tetapi segalanya boleh hilang sekelip mata apabila kita tak sabar menghadapi cabaran. Mungkin pada waktu itu, akan terbayang semua kesalahan anak sahaja. Jadi kesabaran ini rupanya amat mahalkan? Sampai ilmu yang berharga juga seperti tidak berguna di saat itu. Maka nampaknya kesabaran perlu mendahului keupayaan kita menggunakan ilmu.

Jadi bagaimana?

Setelah keadaan reda, mungkin akan terfikir dan tersedar,  betapa susahnya membeli sebuah kesabaran. Apakah kita masih mahu ia berulang dan berulang lagi? Atau pun kita berjanji pada diri tetapi rupanya ia kembali lagi. Nampaknya, ia memerlukan usaha kita untuk memahami lebih mendalam tentang kesabaran. 

Kami kongsikan di sini kupasan tentang kesabaran daripada Mufti Menk bertajuk “The Virtue of Patience”

Semoga kupasan ini memberikan kita lebih kefahaman tentang kesabaran dan membantu  menjadi ibu ayah yang lebih bersabar. Mudah-mudahan ini semua akan membuahkan manfaat bukan sahaja pada kita, tetapi pada orang – orang di sekeliling kita.

 

Tips Membantu Anak Kecil Tadabur Surah dengan Kreatif

el-hana-ramadhan-kit (2)

Bulan Ramadhan ini, pastu kita juga tidak ketinggalan untuk mahu membantu anak-anak menghayati Al-Quran.

Anak-anak terutama yang berumur antara 3-9 tahun, perlu disesuaikan pendekatannya. Pendekatan ini hanyalah untuk menarik minat anak dan membantu anak menjiwai dan memahami kisah-kisah yang diceritakan dalam Al-Quran.

13407593_10153645111568027_1181969803_n

 

Salain dari itu, ia menggalakkan anak untuk memupuk kecintaan untuk eksplorasi Al-Quran. Betapa indahnya cerita-cerita dalam Al-Quran menyebabkan mereka rasa mahu tahu lagi dan lagi.  Daripada penceritaan, banyak diskusi-diskusi  dan tauladan yang boleh di ambil. Contohnya, Kisah Nabi Yusuf dengan kesabaran dan kemaafan luar biasa. Ia boleh menjadi refleksi buat kita dan anak-anak  tentang adakah kita sabar dan pemaaf seperti Nabi Yusuf?

13401449_10153645022363027_1016612426_n

Gaya penceritaan, bahan-bahan yang kita gunakan, cuba seboleh mungkin divariasikan. Ini supaya, kita dapat sesuaikan perkembangan bakat anak.  Surah Al-Fill, contohnya mengenengahkan tentang kisah Abrahah dan tentera bergajah. Mulakan dengan bercerita apa yang berlaku dengan bantuan gambar atau buku cerita. Pelbagaikan intonasi dan bunyi dalam penceritaan. Wujudkan gaya komunikasi 2 hala. Di tengah-tengah penceritaan, boleh selitkan projek art & craft berkaitan Surah ini.

13388809_10153645022388027_1577452029_o

Sambil membuat projek, anda boleh masukkan diskusi santai atau melayan pertanyaan-pertanyaan anak. Apabila kita membuat projek, kita akan menghangatkan suasana. Dan kehangatan suasana ini amat-amat meransang  anak-anak untuk berkomunikasi aktif. Anda juga boleh menggunakan alat bantu lain seperti menggunakan Animasi Kisah Nabi untuk menambah kepelbagaian.

Perlu diingatkan dan diulang, bahawa meraikan proses pembelajaran anak adalah satu tugas yang amat mahal. Jadikan seluruh perjalanan projek ini, satu pengalaman luar biasa buat anak. Selesai sahaja projek, maka mereka mendapat nilai-nilai yang terkesan di hati. Lebih bagus lagi sekiranya kita dapat buat ulangan perkaitan kisah kisah ini secara santai dengan mengaitkannya dengan kehidupan anak.

Bagaimana jika membantu anak dan diri kita untuk konsisten dengan projek penghayatan Al Quran ini di bulan Ramadhan dan mudah-mudahan dapat dikekalkan hingga selepas itu. Kita boleh gunakan alat-alat bantu yang membantu kita mendukung habit yang baik sebegini  contohnya dengan menggunakan El hana Ramadhan Creative  Activity Pack. 

 

Di dalam set El-Hana Ramadhan Kit, sudah ada bahan bahan projek art & craft, kad tadabbur  tadabbur  Al-Quran, calender Ramadhan , stiker dan game. Ia amat banyak membantu ibu ayah dalam proses pendidikan mencintai Al-Quran. Bagaimana penggunaannya? Sila rujuk video di atas.

Selain daripada itu, kita juga boleh menggunakan pendekatan mendengar lagu-lagu Islami, dan mengaitkan dengan kisah-kisah dalam Al-Quran. Anak-anak kecil suka mengulang lagu lagu yang mereka suka.  Contohnya, lagu  Very Helpful Spider dalam Islamic Children Songs. Anda boleh kaitkan lagu ini dengan kisah labah labah yang membantu Nabi Muhammad di dalam gua. Seterusnya kita boleh ajak anak explore tentang labah-labah.  Cuba buat labah-labah dan rumah labah-labah menggunakan benang. Kemudian, boleh kita lanjutkan diskusi mengenai ayat 41, surah Al-Ankabut, “Perumpamaan orang-orang yang mengambil pelindung-pelindungnya selain Allah adalah seperti laba-laba yang membuat rumah. Dan sesungguhnya rumah yang paling lemah adalah rumah laba-laba, kalau mereka mengetahuinya)

IMG-20160608-WA0193

Inilah masanya kita memperbanyak ekplorasi ilmu Al-Quran. Bukan hanya untuk diri kita, tetapi untuk anak-anak kita yang dahagakannya. Moga usaha pendekatan kreativiti ini akan membuahkan minat yang lebih mendalam untuk anak menjiwai Al-Quran.

Anda masih mencari bahan bahan yang boleh membantu menjadikan Ramadhan lebih efektif dan bermakna? Terus klik di sini untuk Ramadhan Online Bookfair

 

 

10533435_10153542637247809_784278568864767155_n

Santai Terap Cinta Islam, Berbahasa Inggeris

Kanak-kanak, kartun dan animasi, Ia bagaikan sukar direnggang kan?
.
Ia adalah sesuatu yang menyeronokkan anak. Ia mengujakan anak. Apabila diguna sebagai reward, anak senang dengan reward dapat tengok kartun.
.
Mereka suka tengok berkali kali. Percaya atau tidak, sedikit demi sedikit nilai nilai di dalamnya akan masuk pd minda separa sedar anak kita.
.
Ia menjadi lebih bermakna bagi mereka apabila mama atau ayahnya berdiskusi bersamanya tentang apa yang sedang di tonton.
.
Bayangkan sekiranya yang di tonton atau dengar adalah mengenai ISLAM. Itu adalah satu peluang keemasan. Menggunakan kegemaran anak untuk maraih minat terhadap agama Islam.
.

Bila MINAT anak sudh kita pancing, lebih muda untuk kita educate nilai nilai islam di dalamnya. Bonus pula dapat berbahasa Inggeris secara santai, bukan lagi PAKSAAN yang menyakitkan dan menyebabkan mereka lari
.

Salah satu contoh yang baik dan karya hebat untuk menjayakan misi cinta Islam sambil berbahasa Inggeris, adalah Produk Islamic Children Songs. 


ISLAMIC CHILDREN SONGS – Direka khas bagi membantu ibubapa untuk membantu anak-anak kecil mereka SELESA BERBAHASA INGGERIS melalui lagu dalam DVD Animasi menarik dengan konten ISLAMIK . KENAL ALLAH, SAYANG NABI & SUKA AL-QURAN.
.
Dalam 1 SET LENGKAP mengandungi:
.
✔ Original DVD dengan 10 lagu ceria
✔ Buku Lirik & Latihan Berwarna
✔ BONUS : Stickers Hebat English + Zikrullah
✔ EXTRA BONUS : Poster Mini berserta kata-kata hikmah.

TESTIMONIAL

➜ MashaAllah! Animasi lagu yang sangat luar biasa menarik. Aisyah fokus tengok video sehingga habis lagu. Lirik lagu membawa nilai Islamik. Sangat bagus untuk rujukan saya didik anak-anak. Sangat puas hati. Syukur ya Allah! ~Puan Ila, Ampang.

Anda suka?

http://www.naluriparentingcafe.com/home/203-dvd-islamic-children-song.html

klik di sini untuk order

p/s: Semua order wajib menggunakan sistem di website kerana kami ingin elakkan keciciran.

Sebarang Masalah, terus Call: Cik Farah : 0137519880

3 Perkara Penting Raikan Potensi Anak

63584280291994831246807061_120606030435-father-daughter-holding-hands-story-top

Setiap kita pasti ingin agar potensi diri anak kita terserlah. Kerana sejak mereka di lahirkan ke dunia ini, pasti mereka mempunyai kelebihan yang tersendiri. Kitalah orang yang perlu membantu mereka mengasah potensi tersebut.

Anak-anak mempunyai kelebihan dan kelemahan masing -masing. Ibu ayah sangat berperanan membantu anak dalam membantu mengembangkan potensi anak. Sebelum kita melihat ruang dan peluang yang boleh kita bantu anak, ada 3 sikap PENTING yang kita perlu tanamkan. Kerana bagaimana sikap kita ini terhadap mereka, akan memberi impak yang besar pada POTENSI DIRI

Menghormati Anak
photo viral 2

Setiap anak, amat memerlukan kita untuk menghormati mereka. Menghormati bukan bererti tunduk mengikut segala permintaan mereka tanpa sebarang pertimbangan. Tetapi menghormati HAK mereka sebagai seorang anak.

Menghormati HAK mereka bererti kita memahami bahawa mereka perlukan kasih sayang. Menghormati HAK mereka bermaksud kita tidak mempermainkan kata-kata mereka. Menghormati HAK mereka bermaksud kita melayan mereka dengan lemah lembut sebagaimana HAKnya. Berapa ramai antara kita berlemah lembut pada orang lain tapi tidak pada anak sendiri?

Menghormati mereka bermaksud kita memberi laluan untuk mereka meluah dan memberi pendapat. Berapa ramai antara kita yang sering mematikan kata-kata anak sendiri? Ini nampak santai, tetapi kebiasaan yang kita lakukan ini akan mempengaruhi corak pemikiran bagaimana mereka melihat diri mereka dan orang di sekelilingnya.

Apabila HAK ini dipenuhi dan di hormati, mereka akan merasa lebih dihargai. Mereka lebih percaya pada kebolehan, maka ia lebih mudah untuk mereka menyerlahkan potensi diri

Membiasakan Komunikasi Aktif

photo viral 6 (1)

Anak kita adalah bagaimana kita membantu mencorakkannya. Pemikiran mereka akan lebih terhubung sekiranya kita menggabungjalinkan apa yang berlaku dengan apa yang mereka fikirkan. Lebih banyak kita bertukar fikiran dengan mereka, lebih cepat untuk mereka lebih faham suatu keadaan. Biarkan mereka bertanya untuk mendapat info yang benar.

Sekiranya kita membaca, galakkan membaca dan berdialog bersama anak. Agar ia menjadi komunikasi dua hala sesama orang dewasa. Kita juga boleh ajukan persoalan atau sesuatu untuk meransang diskusi. Dengan ini membaca bukan sekadar membaca. Tetapi anak akan lebih teruja kerana diskusi diskusi yang kita hidupkan.

Kita dengan ini melatih mereka agar berfikir secara kritis. Pemikiran kritis adalah  sangat penting sebagai latihan membuat keputusan. Di zaman lambakan informasi di hujung jari, anak kita perlu tahu mempertimbangkan baik buruk keputusannya. Dengan itu, memudahkan mereka juga mengeksplorasi potensi diri dengan lebih bijak.

Pelbagaikan kaedah

photo viral 7

Anda pernah dengar ada orang bila belajar di suatu kaedah, dia tak berjaya. Tetapi bila belajar dengan kaedah lain, dia sangat berjaya? Anak kita, mereka juga tidak terlepas dari ujian. Sekiranya ada cabaran dalam mendidik mereka, jangan terus “give up” dengan kata kata , dia malas, dia tak minat belajar, dia nakal, dia tak dengar kata.

Sebaliknya, tanamkan pada diri bahawa setiap anak adalah unik. Mereka mempunyai cara tersendiri untuk membuat sesuatu. Sekiranya satu pendekatan yang kita guna itu tidak berjaya, tidak semestinya anak kita seorang yang tidak bagus.

Berilah peluang pada diri kita juga untuk ‘explore’ cara-cara lain. Contohnya, dalam usaha mendidik anak membaca, sekiranya percubaan kita dengan satu cara itu tidak berjaya. Jangan terus menghukum dengan andaian anak tidak pandai. Sebaliknya, cari langkah-langkah yang lain yang boleh membantu mereka.

Dalam hal ini, tidak dinafikan, bagus untuk kita para ibu bapa untuk sentiasa mendapatkan ilmu untuk mencari solusi. Menuding jari, sedih, stress adalah tidak akan membantu memperbaiki keadaan.

Memberi perhatian dan sokongan 

Seringkali kita mengambil ringan bahagian ini. Tapi ini merupakan antara yang snagat penting bagi anak. Memberi perhatian ini bermaksud memberi sepenuh jiwa dan raga kita pada mereka. Bukan mengiyakan tapi melihat tempat lain.

Mereka manusia yang memerlukan perhatian kita sebagai sokongan kuat. Perhatian kita adalah pembuktian CINTA kita pada mereka. Memberi perhatian bermaksud kita memenuhkan tangki CINTA kita pada mereka. Anak kita adalah seorang yang dahagakan CINTA ibu ayahnya.

Apabila tangki CINTA ini penuh, maka ia akan memudahkan kerja kerja yang lain. Ibarat bateri yang penuh, sangat mudah untuk menggerakkan sesuatu apabila ia penuh dengan syarat ada SAMBUNGANNYA! Jadi kita lah penyambung tangki cinta pada anak kita.

Dengan 3 perkara penting ini sahaja, ia adalah sesuatu yang sangat LUAR BIASA IMPAKnya pada mereka.


Memperhebat semua point yang dikupas di atas, secara tidak langsung akan mempengaruhi bagaimana kita berkomunikasi dengan anak.

Anak yang kita hormati haknya, kita akan jaga hak-haknya semasa kita bercakap dengannya

Anak yang kita berbual dengan aktif padanya, membantu dia mencari minat-minatnya

Anak yang kita berikan perhatian dan sokongan, akan melihat ibu ayahnya meraikan kelebihannya walaupun orang lain tidak nampak. Dia rasa senang berbicara dan senang hati bertukar pendapat dengan ibu ayah

Anak yang kita mencuba perlbagai kaedah dalam mendidik, bukan rigid pada satu , kreatif dalam mendidik, akan rasa seronok apabila kita tidak menjadi terlalu perfectionist dan ini membantu mereka untuk mengeksplorasi dunia nya.

4 point di atas, adalah poin besar yang perlu di perhalusi. Ia untuk jangkamasa panjang. Untuk amanah kita mendidik anak.

Perhalusi KOMUNIKASI kita secara menyeluruh, untuk membantu anak meraih potensi.

InsyaAllah pada 30 September ini, bagi sesiapa yang merasakan topik ini adalah penting, kami bawakan pada anda Pak Utih dan Parenting Expert Pn Noor Hayati Abd Hamid untuk mengupas isu ini.   Klik di sini untuk info seminar

21192345_1255254701245865_8436696863367557250_n

9 Cara Memancing Kerjasama Anak

526826_10151350053298027_1682456712_n

Apabila anak tidak mengikut arahan, seringkali mereka yang dipersalahkan. Soalannya benarkan mereka yang bersalah? Atau teknik kita yang perlu kita yang perlu di perhalusi?

Jangan terus mengalah. Ada kalanya, ia memerlukan kita yang menyusun strategi. Strategi kita, kita semestinya sama. Ia percubaan dan percubaan dari kita, membentuk kebiasaan.

KEBIASAAN kita inilah yang sangat mempengaruhi persepsi anak kita dan bagaimana mereka bertindakbalas.  Membentuk kebiasaan, bukan sekali dua, ia percubaan untuk konsisten dengan usaha ini. Sama-sama kita hayati

fee08af8-6683-4fd5-a61b-37e2ba6d2ca4

1. Susana yang seronok

Dalam memancing perasaan mereka untuk membuat sesuatu, adalah penting untuk kita pastikan suasana yang baik yang mampu menggalakkan anak mengikuti aktiviti atau membuat sesuatu yang kita hasratkan. Suasana boleh mempengaruhi perasaan anak dan kita sendiri. Suasana yang baik mampu membantu anak memahami apa  yang kita tuturkan . Ia meransang sikap ingin tahu, sikap senang mencuba, sikap senang membantu. Elakkan daripada memberi pelbagai permintaan disaat suasana yang menyebabkan emosi anak tidak stabil

download

2. Tenang

Pastikan anda juga tenang. Mampukah anda dalam keadaan sangat penat bercampur marah, mampu mengawal kata-kata semasa bertutur dengan anak? Di sat ini, anak mungkin berasa berat untuk memberi kerjasama kerana mereka sendiri tidak selesa dan rasa ingin menolak. Apabila kita tenang, kita lebih mudah menyusun kata-kata dan lebih mudah merancang. Usahakan ketenangan ini akan lebih mudah dengan melatih diri banyak berfikiran positif.

2. Fun intonation

happy

Mengajak sesuatu, boleh saja diubah kepada sesuatu ajakan santai berbanding satu arahan. Bayangkan bagaimana perasaan anda sekiranya bertalu-talu mendapat ayat arahan dari bos anda? Adakah anda gembira? Anak juga begitu. Anda boleh ubah kepada ayat yang lebih santai, dengan olah intonasi, tambah perkataan jom.

4. Tukar permintaan kepada  ajakan “role play”

8369fe88-6ee3-4d09-b9c7-5c04640ee63e

Bayangkan situasi ini.  Anda mengajak anak berlumba melipat baju, bermain role play operasi “Ninja Helper” mengemas rumah, main sidai-sidai baju sambil berborak santai, main tolak-tolak bakul sambil kitup baju-baju kotor, dan antara yang anda patut cuba ialah membersihkan halaman rumah di luar dan mereka terus mandi!. Aktiviti ini memang tidak selaju kita buat, tetapi ia amat mengurangkan keletihan minda kita.

Baik, sekiranya ia sesuatu yang lebih berat. Contohnya ada yang tidak kita setuju dan inginkan kerjasama dari anak. Beberapa idea di bawah ini, anda boleh cuba!

 5. Jelaskan apa yang anda nampak atau apa masalahnya.

Fokus kepada masalah yang timbul. Ia lebih mudah untuk anak faham apa masalahnya yang sebenar. Sukar untuk anak melihat apa yang perlu mereka lakukan sekiranya kita menyalahkan perangai atau personaliti mereka.

Apabila kita menyatakan kepada mereka apa masalahnya, ia akan membantu mereka memikirkan apa yang perlu dilakukan. Jika menyerang personaliti, ia akan membantutkan fikiran mereka dan menambahkan kesedihan.

Contoh:

Daripada: Ahmad, Kamu ni memang keras kepala. Nak tunggu rumah banjir baru berhenti main air?
Gantikan kepada: Air sudah hampir melimpah keluar, Ahmad.

Continue reading 9 Cara Memancing Kerjasama Anak