3 Perkara Penting Raikan Potensi Anak

Square

 

Setiap kita pasti ingin agar potensi diri anak kita terserlah. Kerana sejak mereka di lahirkan ke dunia ini, pasti mereka mempunyai kelebihan yang tersendiri. Kitalah orang yang perlu membantu mereka mengasah potensi tersebut.

Anak-anak mempunyai kelebihan dan kelemahan masing -masing. Ibu ayah sangat berperanan membantu anak dalam membantu mengembangkan potensi anak. Sebelum kita melihat ruang dan peluang yang boleh kita bantu anak, ada 3 sikap PENTING yang kita perlu tanamkan. Kerana bagaimana sikap kita ini terhadap mereka, akan memberi impak yang besar pada POTENSI DIRI

Menghormati Anak
photo viral 2

Setiap anak, amat memerlukan kita untuk menghormati mereka. Menghormati bukan bererti tunduk mengikut segala permintaan mereka tanpa sebarang pertimbangan. Tetapi menghormati HAK mereka sebagai seorang anak.

Menghormati HAK mereka bererti kita memahami bahawa mereka perlukan kasih sayang. Menghormati HAK mereka bermaksud kita tidak mempermainkan kata-kata mereka. Menghormati HAK mereka bermaksud kita melayan mereka dengan lemah lembut sebagaimana HAKnya. Berapa ramai antara kita berlemah lembut pada orang lain tapi tidak pada anak sendiri?

Menghormati mereka bermaksud kita memberi laluan untuk mereka meluah dan memberi pendapat. Berapa ramai antara kita yang sering mematikan kata-kata anak sendiri? Ini nampak santai, tetapi kebiasaan yang kita lakukan ini akan mempengaruhi corak pemikiran bagaimana mereka melihat diri mereka dan orang di sekelilingnya.

Apabila HAK ini dipenuhi dan di hormati, mereka akan merasa lebih dihargai. Mereka lebih percaya pada kebolehan, maka ia lebih mudah untuk mereka menyerlahkan potensi diri

Membiasakan Komunikasi Aktif

photo viral 6 (1)

Anak kita adalah bagaimana kita membantu mencorakkannya. Pemikiran mereka akan lebih terhubung sekiranya kita menggabungjalinkan apa yang berlaku dengan apa yang mereka fikirkan. Lebih banyak kita bertukar fikiran dengan mereka, lebih cepat untuk mereka lebih faham suatu keadaan. Biarkan mereka bertanya untuk mendapat info yang benar.

Sekiranya kita membaca, galakkan membaca dan berdialog bersama anak. Agar ia menjadi komunikasi dua hala sesama orang dewasa. Kita juga boleh ajukan persoalan atau sesuatu untuk meransang diskusi. Dengan ini membaca bukan sekadar membaca. Tetapi anak akan lebih teruja kerana diskusi diskusi yang kita hidupkan.

Kita dengan ini melatih mereka agar berfikir secara kritis. Pemikiran kritis adalah  sangat penting sebagai latihan membuat keputusan. Di zaman lambakan informasi di hujung jari, anak kita perlu tahu mempertimbangkan baik buruk keputusannya. Dengan itu, memudahkan mereka juga mengeksplorasi potensi diri dengan lebih bijak.

Pelbagaikan kaedah

photo viral 7

Anda pernah dengar ada orang bila belajar di suatu kaedah, dia tak berjaya. Tetapi bila belajar dengan kaedah lain, dia sangat berjaya? Anak kita, mereka juga tidak terlepas dari ujian. Sekiranya ada cabaran dalam mendidik mereka, jangan terus “give up” dengan kata kata , dia malas, dia tak minat belajar, dia nakal, dia tak dengar kata.

Sebaliknya, tanamkan pada diri bahawa setiap anak adalah unik. Mereka mempunyai cara tersendiri untuk membuat sesuatu. Sekiranya satu pendekatan yang kita guna itu tidak berjaya, tidak semestinya anak kita seorang yang tidak bagus.

Berilah peluang pada diri kita juga untuk ‘explore’ cara-cara lain. Contohnya, dalam usaha mendidik anak membaca, sekiranya percubaan kita dengan satu cara itu tidak berjaya. Jangan terus menghukum dengan andaian anak tidak pandai. Sebaliknya, cari langkah-langkah yang lain yang boleh membantu mereka.

Dalam hal ini, tidak dinafikan, bagus untuk kita para ibu bapa untuk sentiasa mendapatkan ilmu untuk mencari solusi. Menuding jari, sedih, stress adalah tidak akan membantu memperbaiki keadaan.

Memberi perhatian dan sokongan 

Seringkali kita mengambil ringan bahagian ini. Tapi ini merupakan antara yang snagat penting bagi anak. Memberi perhatian ini bermaksud memberi sepenuh jiwa dan raga kita pada mereka. Bukan mengiyakan tapi melihat tempat lain.

Mereka manusia yang memerlukan perhatian kita sebagai sokongan kuat. Perhatian kita adalah pembuktian CINTA kita pada mereka. Memberi perhatian bermaksud kita memenuhkan tangki CINTA kita pada mereka. Anak kita adalah seorang yang dahagakan CINTA ibu ayahnya.

Apabila tangki CINTA ini penuh, maka ia akan memudahkan kerja kerja yang lain. Ibarat bateri yang penuh, sangat mudah untuk menggerakkan sesuatu apabila ia penuh dengan syarat ada SAMBUNGANNYA! Jadi kita lah penyambung tangki cinta pada anak kita.

Dengan 3 perkara penting ini sahaja, ia adalah sesuatu yang sangat LUAR BIASA IMPAKnya pada mereka.


Memperhebat semua point yang dikupas di atas, secara tidak langsung akan mempengaruhi bagaimana kita berkomunikasi dengan anak.

Anak yang kita hormati haknya, kita akan jaga hak-haknya semasa kita bercakap dengannya

Anak yang kita berbual dengan aktif padanya, membantu dia mencari minat-minatnya

Anak yang kita berikan perhatian dan sokongan, akan melihat ibu ayahnya meraikan kelebihannya walaupun orang lain tidak nampak. Dia rasa senang berbicara dan senang hati bertukar pendapat dengan ibu ayah

Anak yang kita mencuba perlbagai kaedah dalam mendidik, bukan rigid pada satu , kreatif dalam mendidik, akan rasa seronok apabila kita tidak menjadi terlalu perfectionist dan ini membantu mereka untuk mengeksplorasi dunia nya.

4 point di atas, adalah poin besar yang perlu di perhalusi. Ia untuk jangkamasa panjang. Untuk amanah kita mendidik anak.

Perhalusi KOMUNIKASI kita secara menyeluruh, untuk membantu anak meraih potensi.

InsyaAllah pada 30 September ini, bagi sesiapa yang merasakan topik ini adalah penting, kami bawakan pada anda Pak Utih dan Parenting Expert Pn Noor Hayati Abd Hamid untuk mengupas isu ini.   Klik di sini untuk info seminar

21192345_1255254701245865_8436696863367557250_n

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sign up to our newsletter!